Journal list


Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Page ‹ First  < 4 5 6

Optimistik, Kecekapan Kendiri Umum dan Afek Positif Sebagai Peramal Kebahagiaan Remaja Miskin

Mahirah Masdin, Balan Rathakrishnan, dan Getrude C. Ah. Gang

Volume : vol 1

Publication Date : 2017-12-05

Keywords : kebahagiaan, optimistik, kecekapan kendiri umum, afek positif, remaja miskin

Abstract : Kebahagiaan merupakan salah satu fokus yang ditekankan dalam bidang psikologi positif dan menjadi nilai utama setiap individu. Optimistik, kecekapan kendiri umum dan afek positif adalah konstruk kekuatan dalaman positif yang boleh meningkatkan kebahagiaan. Hidup dalam kemiskinan pula menjadi faktor yang boleh menjejaskan kebahagiaan. Kajian ini dijalankan ke atas remaja miskin bertujuan untuk meneroka kebahagiaan melalui konstruk kekuatan dalaman, iaitu optimistik, kecekapan kendiri umum (inisiasi, usaha dan kegigihan) dan afek positif. Kajian berbentuk kuantitatif dijalankan ke atas 436 remaja miskin di Sabah di bawah pendapatan keluarga RM1,170 sebulan mengikut Paras Garis Kemiskinan Negeri Sabah. Alat kajian digunakan adalah Extended Life Orientation Test (ELOT) untuk mengukur optimistik, General Self-Efficacy Scale (GSES) mengukur kecekapan kendiri umum, Positive Affective and Negative Scale (PANAS) mengukur afek positif dan Oxford Happiness Questionnaire (OHQ) mengukur kebahagiaan. Analisis yang digunakan adalah teknik regresi mudah bagi mengkaji pengaruh menggunakan IBM SPSS Statistics 21.0. Hasil analisis menunjukkan bahawa optimistik dan afek positif berkorelasi secara signifikan dan meramal kebahagiaan. Kecekapan kendiri umum didapati meramal kebahagiaan melalui dimensi inisiasi dan usaha, manakala dimensi kegigihan tidak berkorelasi secara signifikan. Hasil mendapati afek positif lebih meramal kebahagiaan remaja miskin dan diikuti dengan optimistik. Kecekapan kendiri umum (inisiasi dan usaha) meramal secara lemah kebahagiaan remaja miskin. Implikasi kajian ini adalah ke atas remaja miskin untuk mengetahui kekuatan dalaman diri positif boleh meningkatkan kebahagiaan walaupun hidup dalam kemiskinan.

Disclaimer
DISCLAIMER

The editors and publisher of Journal of Psychology and Social Health have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views, and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Journal of Psychology and Social Health, its editors or its publisher. Journal of Psychology and Social Health, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising there from.

Download Hit : 972

More Info | Full Paper


Profil Kecerdasan Emosi Sosial Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Kota Kinabalu, Sabah

Lailawati Madlan @ Endalan, Abdul Adib Asnawi, Chua Bee Seok dan Jasmine Adela Mutang,Rosnah Ismail

Volume : vol 1

Publication Date : 2017-12-05

Keywords : kecerdasan emosi sosial, pelajar, sekolah menengah

Abstract : Penting untuk mengetahui tahap kecerdasan emosi sosial khususnya dalam kalangan pelajar sekolah kerana ia memberi kesan jangka panjang ke atas prestasi mereka. Maka, objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui profil kecerdasan emosi sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti sekiranya terdapat perbezaan umur bagi kesemua domain kecerdasan emosi sosial. Sampel kajian adalah seramai 503 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam. Sementara, alat kajian yang digunakan dalam adalah the Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i:YV) yang direka oleh Bar-On dan mengandungi sebanyak 60 item. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics versi 22. Hasil keputusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa profil bagi domain interpersonal dan mood umum secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Manakala, profil bagi domain yang selebihnya seperti intrapersonal, pengurusan stres, adaptasi pula secara keseluruhannya adalah berada tahap sederhana. Sementara itu, bagi profil kecerdasan emosi sosial secara keseluruhannya berada tahap sederhana. Dari segi perbezaan umur bagi kesemua domain kecerdasan emosi sosial pula menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan bagi aspek umur bagi domain interpersonal dan mood umum. Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung memberi implikasi kepada pengkaji akan datang khususnya yang ingin menjalankan kajian berkaitan kecerdasan emosi sosial atau yang memberi fokus kepada domainnya dalam kalangan pelajar sekolah.

Disclaimer
DISCLAIMER

The editors and publisher of Journal of Psychology and Social Health have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views, and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Journal of Psychology and Social Health, its editors or its publisher. Journal of Psychology and Social Health, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising there from.

Download Hit : 2551

More Info | Full Paper


Penerokaan Gaya Keibubapaan Ibu Bapa Kelas Sosial Rendah Yang Mempunyai Anak Berpencapaian Rendah

Johari Talib, Maharam Mamat, Maznah Ibrahim dan Zulkifli Mohamad

Volume : vol 1

Publication Date : 2017-12-05

Keywords : kaunseling, kognitif-tingkah laku, motivasi, keibubapaan, autoritarian-permisif

Abstract : Kajian ini adalah berasaskan masalah keibubapaan bagi ibu bapa yang mempunyai anak berpencapaian rendah dan dijalankan bagi tujuan meneroka gaya keibubapaan mereka supaya boleh dijadikan panduan dalam menjayakan program intervensi, iaitu Terapi Tingkah laku Kognitif. Seramai lima puluh orang ibu bapa yang mempunyai anak berpencapaian rendah serta mempunyai masalah tingkah laku telah dipilih bagi mengikuti Terapi Tingkah laku Kognitif sebagai program intervensi yang dijalankan dalam tempoh tiga bulan. Dalam tempoh tersebut, ibu bapa telah diberikan bimbingan keibubapaan melalui kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Bagi tujuan pengumpulan data, hanya sepuluh orang sahaja ibu bapa dipilih dari jumlah asal iaitu lima puluh orang. Data yang dikumpul adalah hasil rakaman tiga sesi kaunseling individu dan tiga sesi kaunseling kelompok pada bulan pertama program intervensi dijalankan. Artikel ini adalah huraian data kualitatif tentang gaya keibubapaan bagi peserta kajian yang direkodkan semasa sesi kaunseling individu dan kelompok pada tempoh sebulan program intervensi dijalankan. Berasaskan lima tema yang dikumpul, data menunjukkan bahawa kesemua peserta mengaplikasi gaya keibubapaan gabungan autoritarian-permisif abaian, mempunyai efikasi keibubapaan yang rendah, aspirasi bagi masa depan kanak-kanak yang rendah, gagal menyediakan pelbagai bentuk sokongan bagi membaiki pencapaian kanak-kanak serta kawalan tingkah laku yang longgar. Dapatan kajian adalah selaras dengan teori kitaran kemiskinan. Ibu bapa dan kanak-kanak memerlukan pelbagai bentuk sokongan supaya pencapaian akademik kanak-kanak boleh diperbaiki.

Disclaimer
DISCLAIMER

The editors and publisher of Journal of Psychology and Social Health have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views, and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Journal of Psychology and Social Health, its editors or its publisher. Journal of Psychology and Social Health, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising there from.

Download Hit : 3389

More Info | Full Paper



Page ‹ First  < 4 5 6