Journal Detail

Journal Title
Optimistik, Kecekapan Kendiri Umum dan Afek Positif Sebagai Peramal Kebahagiaan Remaja Miskin
Download Hit
1044
Abstract
Kebahagiaan merupakan salah satu fokus yang ditekankan dalam bidang psikologi positif dan menjadi nilai utama setiap individu. Optimistik, kecekapan kendiri umum dan afek positif adalah konstruk kekuatan dalaman positif yang boleh meningkatkan kebahagiaan. Hidup dalam kemiskinan pula menjadi faktor yang boleh menjejaskan kebahagiaan. Kajian ini dijalankan ke atas remaja miskin bertujuan untuk meneroka kebahagiaan melalui konstruk kekuatan dalaman, iaitu optimistik, kecekapan kendiri umum (inisiasi, usaha dan kegigihan) dan afek positif. Kajian berbentuk kuantitatif dijalankan ke atas 436 remaja miskin di Sabah di bawah pendapatan keluarga RM1,170 sebulan mengikut Paras Garis Kemiskinan Negeri Sabah. Alat kajian digunakan adalah Extended Life Orientation Test (ELOT) untuk mengukur optimistik, General Self-Efficacy Scale (GSES) mengukur kecekapan kendiri umum, Positive Affective and Negative Scale (PANAS) mengukur afek positif dan Oxford Happiness Questionnaire (OHQ) mengukur kebahagiaan. Analisis yang digunakan adalah teknik regresi mudah bagi mengkaji pengaruh menggunakan IBM SPSS Statistics 21.0. Hasil analisis menunjukkan bahawa optimistik dan afek positif berkorelasi secara signifikan dan meramal kebahagiaan. Kecekapan kendiri umum didapati meramal kebahagiaan melalui dimensi inisiasi dan usaha, manakala dimensi kegigihan tidak berkorelasi secara signifikan. Hasil mendapati afek positif lebih meramal kebahagiaan remaja miskin dan diikuti dengan optimistik. Kecekapan kendiri umum (inisiasi dan usaha) meramal secara lemah kebahagiaan remaja miskin. Implikasi kajian ini adalah ke atas remaja miskin untuk mengetahui kekuatan dalaman diri positif boleh meningkatkan kebahagiaan walaupun hidup dalam kemiskinan.
Download

About Author
    Author Name
    . Mahirah Masdin
    Background
    Website
    Blog