Journal Detail

Journal Title
Kajian Rintis: Tahap Stres Ibu Bapa Pekak di Malaysia
Download Hit
171
Abstract
Terdapat banyak kajian mengenai tahap stres ibu bapa kepada anak berkeperluan khas, namun kajian mengenai tahap stres ibu bapa yang berkeperluan khas adalah kurang, terutamanya ibu bapa berstatus pekak. Maka, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap stres ibu bapa pekak di Malaysia. Sampel berjumlah 164 ibu bapa bukan pekak dan 31 ibu bapa pekak telah menjawab soal selidik Skala Anggapan Stres, secara atas talian. Kemudian, data dianalisis melalui analisis deskriptif dan ujian Mann-Whitney U. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap stres yang signifikan antara ibu bapa bukan pekak dan ibu bapa pekak di Malaysia. Hasil kajian ini diharapkan menambah sorotan kajian mengenai ibu bapa pekak di Malaysia. Hal ini penting dalam mengenal pasti permasalahan yang dilalui oleh ibu bapa pekak, untuk membentuk intervensi yang bersesuaian.
Download

About Author
    Author Name
    . NurFarhana Ardilla Aftar
    Background
    Website
    Blog