Journal Detail

Journal Title
Berani atau tidak: Tinjauan kebangsaan terhadap sokongan kempen anti merokok (Speak out) di Malaysia
Download Hit
113
Abstract
Sokongan masyarakat menentukan kejayaan sesuatu kempen terutamanya kempen yang berkaitan dengan isu kesihatan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sokongan rakyat Malaysia terhadap Kempen Speak Out serta keberanian mereka untuk menegur perokok yang merokok di sekeliling mereka dan ahli keluarga mereka. Data diekstrak daripada Tinjauan Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap Kempen Speak Out Kebangsaan pada tahun 2019. Golongan dewasa berumur 18 tahun dan ke atas terlibat dalam kajian ini. Analisis khi kuasa dua dan binominal logistik regrasi dijalankan untuk mengkaji hubungan dan pengaruh antara keupayaan untuk menegur perokok dengan sosiodemografi, pendapat terhadap asap rokok bekas dan ketiga dan sokongan terhadap Kempen Speak Out. Daripada 3403 responden yang terlibat, 54.6% berani menegur perokok yang merokok di sekeliling mereka dan ahli keluarga mereka. Keputusan juga menunjukkan bahawa 94.5% responden menyokong kempen Speak Out. Umur, jenis pekerjaan, zon kediaman, status merokok, mempunyai ahli keluarga yang merokok, mempunyai ahli keluarga dan rakan yang merokok di dalam rumah, pendapat terhadap perokok ketiga, sokongan terhadap Kempen Speak Out dan sokongan perjanjian untuk menegur perokok yang asap di tempat awam mempunyai hubungan yang signifikan (k<.05) dengan keberanian menegur perokok. Walau bagaimanapun, analisis pengaruh menunjukkan bahawa pelajar universiti, golongan bukan perokok, tidak tinggal bersama perokok, tidak mengetahui bahaya atau asap rokok basi dan asap rokok tertier, tidak bersetuju dengan tindakan menegur perokok, tinggal di Pantai Timur Malaysia dan usia yang lebih muda tidak mempunyai keberanian untuk menegur perokok yang merokok disekeliling mereka. Kempen Speak Out yang telah diperkenalkan pada tahun 2019 telah mendapat sokongan yang baik daripada rakyat Malaysia dan telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Kajian ini membuktikan bahawa Kempen Speak Out adalah relevan untuk dijalankan pada masa kini dan dapatan kajian ini juga menekankan keperluan kajian masa depan yang memfokuskan kepada pengetahuan, sikap dan amalan terhadap asap rokok basi dan asap rokok tertier dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru itu, pihak KKM digesa untuk meneruskan kempen Speak Out ini dan menggembleng tenaga dan kepakaran daripada pelbagai pihak dalam usaha untuk mendidik masyarakat Malaysia melindungi diri dan keluarga mereka daripada bahaya asap rokok basi dan asap rokok tertier ini.
Download

About Author
    Author Name
    . Yessy Octavia Misdi
    Background
    Website
    Blog