Journal Detail

Journal Title
Hubungan antara Gaya Pengurusan Konflik dan Kesejahteraan Psikologi Guru
Download Hit
78
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan gaya pengurusan konflik dengan kesejahteraan psikologi guru. Reka bentuk kajian adalah Kuantitatif dengan pendekatan tinjauan mengunakan satu set soal selidik. Responden kajian melibatkan seramai 291 guru sekolah rendah yang dipilih secara rawak berstrata di daerah Tawau. Objektif khusus kajian adalah meliputi mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan guru sekolah rendah, mengenal pasti gaya pengurusan konflik dan mengenal pasti hubungan antara gaya pengurusan konflik dan kesejahteraan psikologi Guru di Sekolah Rendah. Hasil kajian menunjukkan tahap kesejahteraan psikologi guru secara keseluruhannya ada sederhana (Min 3.50). Hanya satu daripada lima gaya pengurusan konflik pada tahap tinggi iaitu gaya kolaborasi (Min 3.80). Kajian mendapati bahawa pekali Korelasi Pearson antara Gaya Pengurusan Konflik dengan Kesejahteraan Psikologi adalah r=0.294, p<0.05. Ini menunjukkan kedua pemboleh ubah berhubung secara positif dengan kekuatan perhubungan pada tahap yang lemah. Dapatan kajian boleh dimanafaatkan oleh agensi berkaitan untuk terus memberikan perhatian kepada isu kesejahteraan psikologi guru serta gaya pengurusan konflik.
Download

About Author
    Author Name
    Dr. Christina Andin
    Background
    Website
    Blog