Journal Detail

Journal Title
Penyebaran Berita Palsu dan Strategi Daya Tindak Mahasiswa Semasa Pandemik COVID-19
Download Hit
186
Abstract
Infodemik merupakan istilah yang digunakan bagi menggambarkan informasi dan pandemik yang bergerak seiring dengan penyebaran fakta dan informasi. Berita palsu bukan lagi isu yang asing dalam komuniti dunia dan di negara Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengukur impak penyebaran berita palsu dan strategi daya tindak mahasiswa Malaysia dalam berhadapan dengan pandemik terutamanya semasa pandemik COVID-19 yang mengganas di Malaysia. Hasil daripada sorotan kajian lepas di Malaysia, isu impak berita palsu adalah amat signifikan dengan masyarakat tetapi kajian tersebut hanya mengukur isu penyebaran berita palsu tanpa membuat perkaitan dengan isu semasa iaitu isu penyebaran berita palsu semasa pandemik COVID-19 di Malaysia. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen Impact Event Scale Revised (1997) dan Inventori Strategi Daya Tindak (CSI) bagi mengukur hubungan signifikan di antara impak berita palsu dan strategi daya tindak mahasiswa semasa pandemik COVID-19 di Malaysia. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 217 mahasiswa yang menuntut di peringkat pengajian tinggi di Malaysia. Hasil daripada dapatan kajian menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara impak penyebaran berita palsu dan strategi daya tindak mahasiswa semasa pandemik COVID-19. Malahan, “Penyelesaian Masalah” adalah moderator atau peramal terbaik yang digunakan oleh mahasiswa sebagai mekanisme pertahanan diri daripada isu berita palsu.
Download

About Author
    Author Name
    . Ida Shafinaz Mohamed Kamil
    Background
    Website
    Blog