Journal Detail

Journal Title
Strategi Kesejahteraan Hidup: Perspektif dalam Kalangan Gelandangan
Download Hit
1226
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk memahami strategi yang diperoleh daripada golongan gelandangan dalam meningkatkan kesejahteraan hidup. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian kes instrumental (Stake, 1995). Seramai 10 orang daripada golongan gelandangan telah diambil sebagai responden kajian. Data yang telah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan analisis tematik. Sebanyak lima tema keseluruhan berkaitan dengan strategi yang dimiliki oleh golongan gelandangan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup. Tema strategi yang telah dibentuk ialah, (a) berfikiran positif, (b) komunikasi interpersonal, (c) hubungan sosial, (d) penetapan kendiri, dan (e) pengurusan rohani. Kajian ini membolehkan golongan gelandangan, institusi keluarga, pemegang taruh dan masyarakat dapat memahami bagaimana untuk membantu dalam meningkatkan kesejahteraan hidup terutamanya dalam kalangan gelandangan. Golongan ini juga ingin berdikari, menyumbang kepada masyarakat, justeru menghapuskan stigma terhadap golongan gelandangan. Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran awal berkaitan dengan isu kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan. Implikasi dan cadangan turut dibincangkan di akhir penulisan ini untuk pengkaji di masa akan datang dapat menjalankan kajian dalam bidang psikologi khususnya subjek dalam kalangan gelandangan.
Download

About Author
    Author Name
    Mr. Muhammad Faheem Mohd Dahlan
    Background
    Website
    Blog