Journal Detail

Journal Title
Analisis Perbandingan Orientasi Matlamat Atlet Lelaki Bawah Lapan Belas Tahun Pedalaman Sabah
Download Hit
1327
Abstract
Pencapaian seseorang atlet dalam sukan olahraga dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor psikologi seperti motivasi, orientasi matlamat, kekuatan mental dan persepsi kognitif. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perbezaan faktor psikologi terhadap orientasi matlamat, subskala orientasi ego dan orientasi tugasan antara atlet acara balapan dan acara padang. Peserta seramai enam puluh empat orang atlet lelaki bawah lapan belas tahun telah dipilih untuk menyertai kajian dan mereka terdiri daripada atlet bahagian pedalaman Sabah. Instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini adalah Task and Ego Orientation in Sports Questionnaire (TEOSQ) yang telah diterjemahkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap orientasi matlamat, subskala orientasi ego dan orientasi tugasan di antara atlet acara balapan dan padang. Dapatan kajian ini adalah selaras dengan Teori Persepsi Kebolehan Nicholls kerana asas komponen ini berpusatkan kepada penguasaan sesuatu kemahiran ataupun tugasan
Download

About Author
    Author Name
    . Joseph Nandu dan Hasnol Noordin
    Background
    Website
    Blog