Journal Detail

Journal Title
Pengaruh Identifikasi Organisasi dan Pemerkasaan Psikologi Terhadap Penglibatan Kerja Dalam Kalangan Anggota Bomba dan Penyelamat
Download Hit
1309
Abstract
Penglibatan kerja merupakan elemen penting bagi organisasi untuk terus bertahan dan juga untuk kejayaan sesebuah organisasi. Oleh yang demikian penglibatan kerja telah muncul sebagai topik yang hangat dibincangkan dalam dekad ini, dan di Malaysia juga dengan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi tidak terkecuali. Pekerja yang mempunyai penglibatan kerja yang tinggi dapat membantu mencapai matlamat organisasi, meningkatkan pencapaian organisasi dan akan lebih cenderung untuk memberikan hasil yang diingini oleh organisasi kerana mereka sering mengalami emosi yang positif di tempat kerja. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh identifikasi organisasi dan pemerkasaan psikologi terhadap penglibatan kerja. Metodologi kajian adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang anggota bomba dan penyelamat dalam Zon Kota Kinabalu, Sabah. Analisis regresi menggunakan perisian IBM SPSS Statistics versi 20 telah dijalankan untuk menghurai semua hipotesis kajian. Hasil kajian telah mendapati bahawa identifikasi organisasi tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penglibatan kerja manakala tiga dimensi dalam pemerkasaan psikologi, iaitu dimensi makna, kecekapan dan impak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penglibatan kerja. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa amalan pemerkasaan psikologi dapat meningkatkan penglibatan kerja anggota bomba dan penyelamat.
Download

About Author
    Author Name
    . Sovelyn Zeno
    Background
    Website
    Blog