Journal Detail

Journal Title
Kesejahteraan Hidup Dalam Kalangan Gelandangan
Download Hit
5866
Abstract
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka main concern dalam kalangan gelandangan yang tinggal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Seramai tujuh orang gelandangan yang berumur antara 33 tahun hingga 64 tahun dipilih menjadi responden kajian. Pengkaji menggunakan teknik temu bual bagi mendapatkan data secara kualitatif. Protokol telah dibina berdasarkan isu yang telah dihadapi oleh golongan gelandangan. Tempoh masa pelaksanaan temu bual antara satu jam hingga dua jam. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Kajian mendapati main concern gelandangan adalah kesejahteraan. Terdapat tiga aspek kesejahteraan, iaitu kualiti hidup, emosi dan kebahagiaan. Selain itu, kajian mendapati terdapat tiga faktor yang mempunyai kaitan dengan kesejahteraan gelandangan, iaitu kesihatan fizikal, tekanan hidup dan penerimaan. Sementara itu tiga cabaran yang dihadapi oleh golongan gelandangan ini, iaitu pergantungan, hilang hala tuju dan tempat perlindungan. Akhir sekali, dapatan menunjukkan terdapat empat bentuk sumber sokongan sosial yang diterima oleh golongan gelandangan ini iaitu dari pihak badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan, individu dan kawan. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran awal mengenai isu kesejahteraan dalam kalangan gelandangan. Implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.
Download

About Author
    Author Name
    Mr. Muhammad Faheem Mohd Dahlan
    Background
    Website
    Blog