Journal Detail

Journal Title
Hubungan Antara Ketagihan Media Sosial Dengan Kepuasan Hidup Dan Emosi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Di Malaysia
Download Hit
2990
Abstract
Penggunaan media sosial telah berkembang dengan pesat selepas revolusi penggunaan Internet menyebabkan lebih banyak penyelidikan dilakukan untuk melihat kuasa ketagihannya. Kemunculan media sosial ini sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup pelajar yang boleh mempengaruhi kepuasan hidup dan emosinya. Maka kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap ketagihan media sosial dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia dan mengkaji hubungan antara ketagihan dengan kepuasan hidup dan emosi pelajar. Kajian ini dijalankan ke atas 275 orang pelajar universiti dan didapati bahawa tahap ketagihan pelajar universiti terhadap media sosial di peringkat ringan. Selain itu, kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ketagihan media sosial dan kepuasan hidup pelajar universiti. Namun dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara ketagihan media sosial dan emosi pelajar universiti. Ini menunjukkan bahawa media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram berhubung kait dengan perkembangan emosi dalam kalangan pelajar universiti. Sehubungan dengan itu, langkah-langkah minimum perlu diambil untuk memastikan pelajar yang mempunyai masalah dengan ketagihan media sosial tidak berlarutan sehingga membawa kepada masalah gangguan emosi.
Download

About Author
    Author Name
    Mr. Affarizan Sidek
    Background
    Website
    Blog