Journal Detail

Journal Title
Budaya Kebergantungan Terhadap Dana Kewangan Felda: Kajian Kes Pemimpin Belia Felda
Download Hit
667
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk memahami budaya kebergantungan daripada perspektif pemimpin belia di tanah rancangan Felda. Kajian menggunakan kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajian menerusi kaedah temu bual. 11 orang pengerusi atau ketua yang mewakili 11 wilayah Felda yang dipilih sebagai responden kajian bagi memahami budaya kebergantungan belia di wilayah masing-masing. Berdasarkan hasil analisis temu bual yang dijalankan menemui terdapat tiga tema asas yang muncul iaitu budaya kebergantungan terhadap dana untuk menjalankan aktiviti belia, pemberian dana oleh pihak Felda untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan program penjanaan pendapatan oleh Felda. Ketiga-tiga tema asas ini telah membentuk tema utama iaitu budaya kebergantungan pemimpin belia terhadap dana kewangan Felda. Budaya kebergantungan ini menyebabkan mereka sentiasa mengharapkan bantuan dana daripada Felda. Oleh yang demikian, bagi menjadikan belia sebagai peneraju tanah rancangan Felda, mereka perlu dipersiapkan untuk menjadi pelapis pada masa akan datang bagi membolehkan mereka membangunkan kelompok komuniti mereka di samping mengetengahkan cara lain untuk diberikan kepada mereka agar tidak terus mengamalkan budaya kebergantungan terhadap Felda.
Download

About Author
    Author Name
    . Nik Hasrul Mohd Zainudin
    Background
    Website
    Blog