Journal Detail

Journal Title
Penerimaan Masyarakat Terhadap Program Kementerian Kesihatan Malaysia Dalam Membendung Aktiviti Merokok
Download Hit
2477
Abstract
‘Program Berhenti Merokok’ telah diwujudkan seawal tahun 1998 sebagai salah satu pendekatan pencegahan bagi membantu masyarakat mengatasi tabiat merokok. Selain daripada itu, pelbagai dasar dan polisi kerajaan telah diwujudkan selaras dengan kehendak World Health Organization (WHO) dalam mewujudkan persekitaran sihat telah mendorong pelbagai inisiatif dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mewartakan larangan merokok di seluruh negara agar langkah penguatkuasaan boleh dijalankan bagi membendung aktiviti merokok di tempat-tempat awam. Namun yang demikian, pelbagai reaksi masyarakat setempat dapat dilihat berkenaan inisiatif kerajaan dan KKM. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengkaji sebab kurangnya penerimaan masyarakat Malaysia terhadap inisiatif KKM dalam membendung kegiatan merokok. Hasil kajian ini diharap dapat memperbudayakan tadbir urus dalam polisi dan dasar kerajaan agar lebih berkesan, berlandaskan kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam semua faktor yang berkaitan.
Download

About Author
    Author Name
    . Jamaludin Bakar
    Background
    Website
    Blog