Journal Detail

Journal Title
Profil Kecerdasan Emosi Sosial Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Kota Kinabalu, Sabah
Download Hit
1122
Abstract
Penting untuk mengetahui tahap kecerdasan emosi sosial khususnya dalam kalangan pelajar sekolah kerana ia memberi kesan jangka panjang ke atas prestasi mereka. Maka, objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui profil kecerdasan emosi sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti sekiranya terdapat perbezaan umur bagi kesemua domain kecerdasan emosi sosial. Sampel kajian adalah seramai 503 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam. Sementara, alat kajian yang digunakan dalam adalah the Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i:YV) yang direka oleh Bar-On dan mengandungi sebanyak 60 item. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics versi 22. Hasil keputusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa profil bagi domain interpersonal dan mood umum secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Manakala, profil bagi domain yang selebihnya seperti intrapersonal, pengurusan stres, adaptasi pula secara keseluruhannya adalah berada tahap sederhana. Sementara itu, bagi profil kecerdasan emosi sosial secara keseluruhannya berada tahap sederhana. Dari segi perbezaan umur bagi kesemua domain kecerdasan emosi sosial pula menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan bagi aspek umur bagi domain interpersonal dan mood umum. Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung memberi implikasi kepada pengkaji akan datang khususnya yang ingin menjalankan kajian berkaitan kecerdasan emosi sosial atau yang memberi fokus kepada domainnya dalam kalangan pelajar sekolah.
Download

About Author
    Author Name
    Dr. Lailawati Madlan @ Endalan
    Background
    Website
    Blog