Journal Detail

Journal Title
Kesan Latihan Mindfulness Acceptance Commitment-Physical (MAC-P) ke atas Efikasi Kendiri dan Kekuatan Mental dalam Aktiviti Fizikal
Download Hit
1904
Abstract
Kajian ini bertujuan menguji kesan latihan Mindfulness Acceptance Commitment-Physical (MAC-P) untuk meningkatkan kekuatan mental dan efikasi kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. MAC-P digandingkan bersama Psychological Skills Training (PST) dalam kajian ini sebagai latihan mental untuk aktiviti berbentuk aerobik dan anaerobik. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen. Subjek terdiri daripada pelajar semester satu Sains Kejurulatihan, yang diagihkan kepada kumpulan MAC-P (n=21), PST (n=21) dan kawalan (n=21). Instrumen kajian terdiri daripada ujian Bleep dan Wingate, Mental Toughness Questionnaire (MTQ), dan skala efikasi kendiri yang diadaptasi dari Bandura (2006). Analisis Covariance (ANCOVA) menunjukkan kesan intervensi yang signifikan ke atas kekuatan mental [F(2,59)=4.93, p<0.05], dan efikasi kendiri [F(2,59)=38.39, p<0.05]. Semasa pasca ujian, kumpulan MAC-P menunjukkan skor yang tinggi bagi efikasi kendiri (87.12±1.71), manakala kumpulan PST (25.68±0.853) memperoleh skor kekuatan mental tertinggi berbanding kumpulan MAC-P (23.50±.846) dan kawalan (21.91±.0.842). Kesimpulannya, MAC-P dan PST mempunyai kesan signifikan terhadap peningkatan prestasi kekuatan mental dan efikasi kendiri dalam aktiviti aerobik dan anaerobik. Ini menunjukkan bahawa MAC-P boleh menjadi alternatif ke arah peningkatan prestasi fizikal selain daripada PST. Oleh yang demikian, hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada jurulatih dan individu untuk memperbaiki prestasi aktiviti fizikal, khususnya aktiviti yang berbentuk aerobik dan anaerobik
Download

About Author
    Author Name
    . Nur Haziyanti Mohamad Khalid
    Background
    Website
    Blog