Journal Detail

Journal Title
Alam Sekitar Sebagai Terapi Alternatif Kesihatan Mental
Download Hit
5949
Abstract
Gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang seterusnya mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik dikenali sebagai penyakit mental. Pada tahun 2020, penyakit mental yang merupakan antara lima penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia akan menduduki tangga kedua. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 mendedahkan, 27 peratus kalangan penduduk Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan mental. Masalah kesihatan mental dalam kalangan anak-anak muda di negara ini juga disifatkan sebagai membimbangkan, yang mana, daripada kira-kira 5.5 juta remaja, seorang daripada lima anak muda mengalami kemurungan. Maka, di seluruh dunia, tarikh 10 Oktober diraikan setiap tahun sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia bertujuan meningkatkan kesedaran umum terhadap kesihatan mental. Selain rawatan melalui ubat-ubatan, alam semula jadi mampu berperanan serta bertindak sebagai terapi terhadap permasalahan kesihatan mental yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana alam semula jadi dengan suasana dan sifatnya dapat membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan perhatian, menggalakkan kreativiti serta meningkatkan harga diri seseorang individu. Justeru, ia mampu memberi ketenangan hati dan minda seterusnya berupaya merawat permasalahan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Maka, terapi alam sekitar harus diperluaskan sebagai kaedah rawatan alternatif untuk mereka yang mengalami masalah mental.
Download

About Author
    Author Name
    Dr. Haliza Abdul Rahman
    Background
    Website
    Blog