Journal Detail

Journal Title
Pengaruh Lokus Kawalan dan Kebimbangan Terhadap Kesunyian: Penghargaan Kendiri Sebagai Perantara
Download Hit
2001
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh lokus kawalan dan kebimbangan terhadap kesunyian pelajar dan juga menggunakan penghargaan kendiri sebagai perantara. Jumlah responden yang terlibat ialah seramai 599 orang pelajar tahun pertama yang berada di kampus Universiti Malaysia Sabah dan mengikuti pembelajaran secara sepenuh masa dengan min umur 19.99 tahun. Kajian adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik The Anxiety Questionnaire, Locus of Control of Behaviour Scale, The Rosenberg Self Esteem Scale dan The University California (UCLA) Los Angeles Scale. Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi ke 21. Keputusan kajian menunjukkan hanya lokus kawalan yang mempengaruhi kesunyian dan hanya lokus kawalan luaran yang mempengaruhi penghargaan kendiri. Kebimbangan turut mempengaruhi kesunyian dan penghargaan kendiri dalam varian yang kecil. Manakala penghargaan kendiri hanya berperanan sebagai perantara dalam hubungan antara lokus kawalan luaran dengan kesunyian sahaja dan tidak kepada kebimbangan.
Download

About Author
    Author Name
    Dr. Zaiton Mohamad
    Background
    Website
    Blog