Journal Detail

Journal Title
Gender dan Pencapaian Akademik: Literatur Bersistematik
Download Hit
946
Abstract
Gender berkait rapat dengan pembahagian peranan dan kedudukan antara golongan lelaki dengan wanita dalam sesebuah masyarakat yang terhasil daripada proses sosialisasi dan budaya. Pencapaian akademik merupakan ujian kepercayaan kognitif yang digunakan secara meluas untuk mengukur atau menganalisis keupayaan matematik, sains dan pemahaman individu dan ia seringkali dikaitkan dengan pencapaian keputusan peperiksaan. Kajian empirikal mendapati bahawa terdapat perbezaan pencapaian akademik mengikut gender. Oleh itu, literatur bersistematik ini bertujuan untuk meneliti perbezaan gender dari segi pencapaian akademik yang diperolehi daripada kajian lepas antara 2014-2018. Sciencedirect dan Springer telah digunakan sebagai pencarian artikel yang relevan. Selepas pencarian artikel dijalankan proses saringan dilakukan dan sebanyak 11 kajian telah dikenal pasti sebagai kajian yang sesuai untuk diulas. Analisis daripada artikel-artikel mendapati bahawa terdapat perbezaan gender dari aspek pencapaian akademik dan terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perbezaan gender iaitu subjek, faktor umur, jenis sekolah, psikologi dan rakan sebaya. Limitasi literatur bersistematik dan implikasi turut dinyatakan.
Download

About Author
    Author Name
    Mrs. Nurain Nadia Azmi
    Background
    Website
    Blog