Journal Detail

Journal Title
Pengaruh Modal Psikologi Ke Atas Pencapaian Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam
Download Hit
1189
Abstract
Modal psikologi terdiri daripada keyakinan diri, harapan, optimis dan ketahanan didapati mempunyai pengaruh ke atas pencapaian seseorang. Modal psikologi adalah konstruk tahap tinggi yang diaplikasikan dalam konteks pekerjaan diandaikan mempengaruhi prestasi di tempat kerja. Kajian ini memanjangkan konsep modal psikologi dalam latar akademik. Tujuan kajian ini adalah menyediakan bukti empirik pengaruh modal psikologi ke atas pencapaian pelajar prasiswazah institusi pengajian tinggi awam. Kajian dijalankan ke atas individu sebagai unit analisis. Seramai 400 orang pelajar prasiswazah institusi pengajian tinggi awam di Sabah, Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Psychological Capital Questionnaire (PCQ) telah digunakan untuk mengumpul data. Analisis regresi digunakan untuk menguji pengaruh antara pembolehubah. Keputusan kajian menunjukkan modal psikologi mempunyai pengaruh positif ke atas prestasi umum tetapi tidak ada pengaruh ke atas pencapaian akademik.
Download

About Author
    Author Name
    Mr. Beddu Salam Baco
    Background
    Website
    Blog