Journal list


Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Page

Body Dissatisfaction Among Male and Female Adolescents

Adeymend Reny Japil, Mazni Mustapha, and Guan Teik Eee

Volume : vol 1

Publication Date : 2017-12-05

Keywords : body dissatisfaction, body mass index, male, female, adolescents

Abstract : This study was conducted to investigate the relationship between body dissatisfaction and body mass index (BMI) among adolescents, and the differences of this subjective dissatisfaction in terms of BMI and gender. In total, 328 adolescents (147 males and 181 females) aged 16-year-old participated in the study. Eating Disorder Inventory – Body Dissatisfaction and Body Mass Index were used to collect quantitative data on respondents’ body dissatisfaction, and weight and height information for BMI. Pearson correlation showed that body dissatisfaction significantly correlated with BMI. One-Way ANOVA showed that subjective evaluation among underweight and normal weight adolescents significantly varied with dissatisfaction in the other two groups (overweight and obese adolescents). Body dissatisfaction among underweight adolescents was statistically significantly lower compared to overweight and obese adolescents. Body dissatisfaction among adolescents with normal weight is also statistically significantly lower compare to overweight and obese adolescents. There was no statistically significance difference on dissatisfaction between underweight and normal weight adolescents, and between overweight and obese adolescents. Interestingly, independent-samples t-test found that body dissatisfaction did not differ between male and female adolescents. This information is useful for the planning of health programs as well as intervention and prevention programs to combat adolescents’ body weight and body dissatisfaction problems.

Disclaimer
DISCLAIMER

The editors and publisher of Journal of Psychology and Social Health have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views, and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Journal of Psychology and Social Health, its editors or its publisher. Journal of Psychology and Social Health, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising there from.

Download Hit : 818

More Info | Full Paper


Penerokaan Gaya Keibubapaan Ibu Bapa Kelas Sosial Rendah Yang Mempunyai Anak Berpencapaian Rendah

Johari Talib, Maharam Mamat, Maznah Ibrahim dan Zulkifli Mohamad

Volume : vol 1

Publication Date : 2017-12-05

Keywords : kaunseling, kognitif-tingkah laku, motivasi, keibubapaan, autoritarian-permisif

Abstract : Kajian ini adalah berasaskan masalah keibubapaan bagi ibu bapa yang mempunyai anak berpencapaian rendah dan dijalankan bagi tujuan meneroka gaya keibubapaan mereka supaya boleh dijadikan panduan dalam menjayakan program intervensi, iaitu Terapi Tingkah laku Kognitif. Seramai lima puluh orang ibu bapa yang mempunyai anak berpencapaian rendah serta mempunyai masalah tingkah laku telah dipilih bagi mengikuti Terapi Tingkah laku Kognitif sebagai program intervensi yang dijalankan dalam tempoh tiga bulan. Dalam tempoh tersebut, ibu bapa telah diberikan bimbingan keibubapaan melalui kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Bagi tujuan pengumpulan data, hanya sepuluh orang sahaja ibu bapa dipilih dari jumlah asal iaitu lima puluh orang. Data yang dikumpul adalah hasil rakaman tiga sesi kaunseling individu dan tiga sesi kaunseling kelompok pada bulan pertama program intervensi dijalankan. Artikel ini adalah huraian data kualitatif tentang gaya keibubapaan bagi peserta kajian yang direkodkan semasa sesi kaunseling individu dan kelompok pada tempoh sebulan program intervensi dijalankan. Berasaskan lima tema yang dikumpul, data menunjukkan bahawa kesemua peserta mengaplikasi gaya keibubapaan gabungan autoritarian-permisif abaian, mempunyai efikasi keibubapaan yang rendah, aspirasi bagi masa depan kanak-kanak yang rendah, gagal menyediakan pelbagai bentuk sokongan bagi membaiki pencapaian kanak-kanak serta kawalan tingkah laku yang longgar. Dapatan kajian adalah selaras dengan teori kitaran kemiskinan. Ibu bapa dan kanak-kanak memerlukan pelbagai bentuk sokongan supaya pencapaian akademik kanak-kanak boleh diperbaiki.

Disclaimer
DISCLAIMER

The editors and publisher of Journal of Psychology and Social Health have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views, and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Journal of Psychology and Social Health, its editors or its publisher. Journal of Psychology and Social Health, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising there from.

Download Hit : 3384

More Info | Full Paper


Profil Kecerdasan Emosi Sosial Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Kota Kinabalu, Sabah

Lailawati Madlan @ Endalan, Abdul Adib Asnawi, Chua Bee Seok dan Jasmine Adela Mutang,Rosnah Ismail

Volume : vol 1

Publication Date : 2017-12-05

Keywords : kecerdasan emosi sosial, pelajar, sekolah menengah

Abstract : Penting untuk mengetahui tahap kecerdasan emosi sosial khususnya dalam kalangan pelajar sekolah kerana ia memberi kesan jangka panjang ke atas prestasi mereka. Maka, objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui profil kecerdasan emosi sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti sekiranya terdapat perbezaan umur bagi kesemua domain kecerdasan emosi sosial. Sampel kajian adalah seramai 503 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam. Sementara, alat kajian yang digunakan dalam adalah the Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i:YV) yang direka oleh Bar-On dan mengandungi sebanyak 60 item. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics versi 22. Hasil keputusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa profil bagi domain interpersonal dan mood umum secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Manakala, profil bagi domain yang selebihnya seperti intrapersonal, pengurusan stres, adaptasi pula secara keseluruhannya adalah berada tahap sederhana. Sementara itu, bagi profil kecerdasan emosi sosial secara keseluruhannya berada tahap sederhana. Dari segi perbezaan umur bagi kesemua domain kecerdasan emosi sosial pula menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan bagi aspek umur bagi domain interpersonal dan mood umum. Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung memberi implikasi kepada pengkaji akan datang khususnya yang ingin menjalankan kajian berkaitan kecerdasan emosi sosial atau yang memberi fokus kepada domainnya dalam kalangan pelajar sekolah.

Disclaimer
DISCLAIMER

The editors and publisher of Journal of Psychology and Social Health have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views, and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Journal of Psychology and Social Health, its editors or its publisher. Journal of Psychology and Social Health, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising there from.

Download Hit : 2542

More Info | Full Paper


Optimistik, Kecekapan Kendiri Umum dan Afek Positif Sebagai Peramal Kebahagiaan Remaja Miskin

Mahirah Masdin, Balan Rathakrishnan, dan Getrude C. Ah. Gang

Volume : vol 1

Publication Date : 2017-12-05

Keywords : kebahagiaan, optimistik, kecekapan kendiri umum, afek positif, remaja miskin

Abstract : Kebahagiaan merupakan salah satu fokus yang ditekankan dalam bidang psikologi positif dan menjadi nilai utama setiap individu. Optimistik, kecekapan kendiri umum dan afek positif adalah konstruk kekuatan dalaman positif yang boleh meningkatkan kebahagiaan. Hidup dalam kemiskinan pula menjadi faktor yang boleh menjejaskan kebahagiaan. Kajian ini dijalankan ke atas remaja miskin bertujuan untuk meneroka kebahagiaan melalui konstruk kekuatan dalaman, iaitu optimistik, kecekapan kendiri umum (inisiasi, usaha dan kegigihan) dan afek positif. Kajian berbentuk kuantitatif dijalankan ke atas 436 remaja miskin di Sabah di bawah pendapatan keluarga RM1,170 sebulan mengikut Paras Garis Kemiskinan Negeri Sabah. Alat kajian digunakan adalah Extended Life Orientation Test (ELOT) untuk mengukur optimistik, General Self-Efficacy Scale (GSES) mengukur kecekapan kendiri umum, Positive Affective and Negative Scale (PANAS) mengukur afek positif dan Oxford Happiness Questionnaire (OHQ) mengukur kebahagiaan. Analisis yang digunakan adalah teknik regresi mudah bagi mengkaji pengaruh menggunakan IBM SPSS Statistics 21.0. Hasil analisis menunjukkan bahawa optimistik dan afek positif berkorelasi secara signifikan dan meramal kebahagiaan. Kecekapan kendiri umum didapati meramal kebahagiaan melalui dimensi inisiasi dan usaha, manakala dimensi kegigihan tidak berkorelasi secara signifikan. Hasil mendapati afek positif lebih meramal kebahagiaan remaja miskin dan diikuti dengan optimistik. Kecekapan kendiri umum (inisiasi dan usaha) meramal secara lemah kebahagiaan remaja miskin. Implikasi kajian ini adalah ke atas remaja miskin untuk mengetahui kekuatan dalaman diri positif boleh meningkatkan kebahagiaan walaupun hidup dalam kemiskinan.

Disclaimer
DISCLAIMER

The editors and publisher of Journal of Psychology and Social Health have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views, and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Journal of Psychology and Social Health, its editors or its publisher. Journal of Psychology and Social Health, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising there from.

Download Hit : 970

More Info | Full Paper


Tingkah Laku Jurulatih, Kepuasan dan Motivasi: Perspektif

Mohamad Nizam Nazarudin, Chong Swee Le, Zakiah Noordin, Mohd Firdaus Abdullah dan Mohd Khairulanwar Md Yusof

Volume : vol 1

Publication Date : 2017-12-05

Keywords : tingkahlaku, kepuasan, motivasi, jurulatih, atlet

Abstract : Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan bagi menentukan hubungan antara tingkah laku jurulatih sukan dengan kepuasan dan motivasi atlet di Sekolah Sukan Sabah. Seramai 127 orang atlet telah dipilih dalam kajian ini dan instrumen yang digunakan adalah soal selidik Coaching Behavior Scale for Sport, Sports Motivation Scale dan Athlete Satisfaction Questionnaire yang telah diterjemahkan. Kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku jurulatih berdasarkan jantina. Didapati juga bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan persediaan mental, penetapan matlamat dan strategi pertandingan, namun terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi latihan fizikal dan perancangan kemahiran teknikal dan keseluruhan tingkah laku jurulatih berdasarkan kategori sukan. Dapatan kajian turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tingkah laku jurulatih berdasarkan tahap penglibatan atlet secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, hanya terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi penetapan matlamat adalah signifikan berdasarkan tahap penglibatan atlet. Sementara itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara kemahiran teknikal, strategi pertandingan, latihan fizikal dan perancangan, penetapan matlamat, dan persediaan mental dengan kepuasan atlet. Terdapat juga hubungan positif yang signifikan antara tingkah laku jurulatih dengan kepuasan atlet. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara kemahiran teknikal, strategi pertandingan, latihan fizikal dan perancangan, penetapan matlamat, dan persediaan mental dengan motivasi atlet. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan dan kuat antara keseluruhan tingkah laku jurulatih dengan motivasi atlet. Tingkah laku jurulatih semasa latihan, semasa pertandingan dan ketika tidak berlatih mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pemain mereka dan mungkin akan memberi kesan kepada prestasi pemain serta penyertaan pemain dalam sesuatu pertandingan.

Disclaimer
DISCLAIMER

The editors and publisher of Journal of Psychology and Social Health have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views, and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Journal of Psychology and Social Health, its editors or its publisher. Journal of Psychology and Social Health, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising there from.

Download Hit : 8733

More Info | Full Paper


Kecerdasan Emosi dan Komitmen Guru Terhadap Organisasi

Mohd Khairuddin Abdullah, Maspiah Sekong dan Halimah Laji

Volume : vol 1

Publication Date : 2017-12-05

Keywords : kecerdasan, emosi, komitmen, guru, organisasi

Abstract : Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan guru-guru sekolah menengah. Kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap kecerdasan emosi dan komitmen organisasi berdasarkan pengalaman mengajar serta mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dengan komitmen organisasi dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Keningau. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan dan menggunakan instrumen soal selidik. Item soal selidik bagi kecerdasan emosi menggunakan Self-Report Emotional Intelligence Test (SREIT) manakala soal selidik bagi komitmen organisasi adalah berdasarkan soal selidik komitmen organisasi Meyer et al. (1993). Responden kajian ini melibatkan seramai 317 orang guru yang telah dipilih secara rawak mudah. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi guru-guru adalah tinggi, begitu juga dengan tahap komitmen organisasi guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi pemboleh ubah kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dengan pengalaman mengajar. Analisis ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang lemah antara pemboleh ubah kecerdasan emosi dan komitmen.

Disclaimer
DISCLAIMER

The editors and publisher of Journal of Psychology and Social Health have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views, and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Journal of Psychology and Social Health, its editors or its publisher. Journal of Psychology and Social Health, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising there from.

Download Hit : 2876

More Info | Full Paper


Kesejahteraan Hidup Dalam Kalangan Gelandangan

Muhammad Faheem Mohd Dahlan dan Muhammad Idris Bullare @ Bahari

Volume : vol 1

Publication Date : 2017-12-05

Keywords : kesejahteraan, gelandangan

Abstract : Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka main concern dalam kalangan gelandangan yang tinggal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Seramai tujuh orang gelandangan yang berumur antara 33 tahun hingga 64 tahun dipilih menjadi responden kajian. Pengkaji menggunakan teknik temu bual bagi mendapatkan data secara kualitatif. Protokol telah dibina berdasarkan isu yang telah dihadapi oleh golongan gelandangan. Tempoh masa pelaksanaan temu bual antara satu jam hingga dua jam. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Kajian mendapati main concern gelandangan adalah kesejahteraan. Terdapat tiga aspek kesejahteraan, iaitu kualiti hidup, emosi dan kebahagiaan. Selain itu, kajian mendapati terdapat tiga faktor yang mempunyai kaitan dengan kesejahteraan gelandangan, iaitu kesihatan fizikal, tekanan hidup dan penerimaan. Sementara itu tiga cabaran yang dihadapi oleh golongan gelandangan ini, iaitu pergantungan, hilang hala tuju dan tempat perlindungan. Akhir sekali, dapatan menunjukkan terdapat empat bentuk sumber sokongan sosial yang diterima oleh golongan gelandangan ini iaitu dari pihak badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan, individu dan kawan. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran awal mengenai isu kesejahteraan dalam kalangan gelandangan. Implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.

Disclaimer
DISCLAIMER

The editors and publisher of Journal of Psychology and Social Health have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views, and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Journal of Psychology and Social Health, its editors or its publisher. Journal of Psychology and Social Health, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising there from.

Download Hit : 5897

More Info | Full Paper


Pengaruh Identifikasi Organisasi dan Pemerkasaan Psikologi Terhadap Penglibatan Kerja Dalam Kalangan Anggota Bomba dan Penyelamat

Sovelyn Zeno, Beddu Salam Baco, dan Mohd Dahlan A. Malek

Volume : vol 1

Publication Date : 2017-12-05

Keywords : identifikasi organisasi, pemerkasaan psikologi, penglibatan kerja, anggota bomba dan penyelamat

Abstract : Penglibatan kerja merupakan elemen penting bagi organisasi untuk terus bertahan dan juga untuk kejayaan sesebuah organisasi. Oleh yang demikian penglibatan kerja telah muncul sebagai topik yang hangat dibincangkan dalam dekad ini, dan di Malaysia juga dengan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi tidak terkecuali. Pekerja yang mempunyai penglibatan kerja yang tinggi dapat membantu mencapai matlamat organisasi, meningkatkan pencapaian organisasi dan akan lebih cenderung untuk memberikan hasil yang diingini oleh organisasi kerana mereka sering mengalami emosi yang positif di tempat kerja. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh identifikasi organisasi dan pemerkasaan psikologi terhadap penglibatan kerja. Metodologi kajian adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang anggota bomba dan penyelamat dalam Zon Kota Kinabalu, Sabah. Analisis regresi menggunakan perisian IBM SPSS Statistics versi 20 telah dijalankan untuk menghurai semua hipotesis kajian. Hasil kajian telah mendapati bahawa identifikasi organisasi tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penglibatan kerja manakala tiga dimensi dalam pemerkasaan psikologi, iaitu dimensi makna, kecekapan dan impak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penglibatan kerja. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa amalan pemerkasaan psikologi dapat meningkatkan penglibatan kerja anggota bomba dan penyelamat.

Disclaimer
DISCLAIMER

The editors and publisher of Journal of Psychology and Social Health have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views, and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Journal of Psychology and Social Health, its editors or its publisher. Journal of Psychology and Social Health, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising there from.

Download Hit : 1305

More Info | Full Paper



Page