GARIS PANDUAN UMUM JURNAL PSIKOLOGI DAN KESIHATAN SOSIAL (JPsiKS)
Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial
Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah

Pengenalan

Jurnal ini mengikut prosedur pewasitan double-blind. Oleh itu, pengarang diminta untuk menghantar manuskrip tanpa nama-nama pengarang, 'affiliations' di dalam teks atau 'page title'. Citasi yang merujuk kepada diri sendiri dan mana-mana rujukan dalam teks seharusnya dielakkan. Muka surat depan yang mengandungi nama, gelaran, nama-nama pengarang, 'affiliations' dan juga alamat surat menyurat perlu diasingkan daripada teks. Sebarang penghargaan, pendedahan atau maklumat dana penyelidikan juga dimasukkan dalam muka surat berasingan.

Senarai Semak Penghantaran

Sebagai sebahagian daripada proses penghantaran manuskrip, penulis dikehendaki mematuhi arahan penghantaran dalam perkara berikut, dan manuskrip akan dikembalikan kepada penulis yang tidak mematuhi garis panduan ini.

  1. 1. Menghantar manuskrip

    Manuskrip yang dihantar perlu menerangkan bahawa ia tidak pernah diterbitkan sebelum ini, tidak di bawah pertimbangan untuk penerbitan di mana-mana, penerbitannya telah mendapat persetujuan daripada semua pengarang, sekiranya ada oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab secara jelas atau tidak oleh institut/universiti di mana kerja-kerja penyelidikan ini telah dijalankan. Penerbit tidak akan bertanggungjawab mengikut sisi undang-undang sekiranya terdapat sebarang tuntutan untuk pampasan.

  2. 2. Kebenaran

    Pengarang yang ingin memasukkan gambar rajah, jadual atau petikan teks yang telah diterbitkan di tempat lain dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada pemilik hak cipta untuk kedua-dua cetak dan format dalam talian dan termasuk bukti bahawa kebenaran itu telah diberikan apabila mengemukakan kertas kerja mereka. Apa-apa bahan yang diterima tanpa apa-apa keterangan akan dianggap berasal dari pengarang.

    Authors are responsible for all statements in articles, including changes made by editors. The liaison author must be available for consultation with an editor of the journal to answer questions during the editorial process and to approve the edited copy. Authors receive edited typescript (not galley proofs) for final approval. Changes cannot be made to the copy after the edited version has been approved.

  3. 3. Bagaimana menghantar manuskrip

    Manuskrip sebaik-baiknya hendaklah dikemukakan dalam format Word (.doc or .docx) dan email ke jpsiks@ums.edu.my

  4. 4. Laman tajuk

    Laman tajuk perlu mengandungi tajuk, nama-nama penulis dan nama universiti. Tajuk disediakan dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

  5. 5. Abstrak

    Sila sediakan abstrak antara 250-300 patah perkataan. Abstrak tidak seharusnya mengandungi apa-apa singkatan kurang jelas atau rujukan tidak spesifik. Penulis perlu sediakan abstrak dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

  6. 6. Katakunci

    Sila sediakan katakunci tidak lebih dari 5 kata kunci.

  7. 7. Teks

    Bilangan patah perkataan antara 3,000 hingga 6,000 patah perkataan termasuk abstrak dan rujukan.

  8. 8. Penghargaan

    Pengiktiran terhadap individu, bantuan, dana dan sebagainya perlu diletakkan dalam seksyen yang berasingan sebelum senarai rujukan. Nama-nama organisasi pembiayaiaan perlu ditulis dengan nama penuh.

  9. 9. Jadual dan Rajah

    Penyediaan bagi jadual dan rajah perlu mengikut garis panduan manual penerbitan manual penerbitan American Psychological Association (APA) edisi ke-6. Jadual dan rajah perlu dimasukkan di dalam teks. Jadual perlu menggunakan MS-Word table editor. Bilangan Jadual yang dimasukkan dalam teks adalah tidak melebihi lima (5) Jadual manakala bilangan Rajah antara 3-4 Rajah.

  10. 10. Suntingan

    JPsiKS tidak mempunyai editor suntingan. Mana-mana manuskrip berbahasa Inggeris perlu dihantar kepada perkhidmatan suntingan profesional.

  11. 11. Rujukan

    Citasi rujukan seharusnya mematuhi garis panduan manual penerbitan American Psychological Association (APA) edisi ke-6.

  12. 12. Senarai Rujukan

    Senarai rujukan hanya perlu memasukkan kerja-kerja yang disebut dalam teks dan yang diterbitkan atau diterima untuk penerbitan. Komunikasi peribadi dan kerja-kerja yang tidak diterbitkan hanya perlu dinyatakan di dalam teks. Jangan gunakan nota kaki sebagai pengganti untuk senarai rujukan. Susunan senarai rujukan perlu mengikut manual penerbitan American Psychological Association (APA) edisi ke-6.